Friday, 13 April 2012

36.Kembalilah Sahabatku

Kembalilah sahabat
telah tamat perjalananmu
mencari diri dalam diri
mencari aku dalam aku
mencari cahaya dalam cahaya
memisahkan yang hak dari yang batil.

Jumaat 23 oktober 2009
tarikh keramatmu
kau yang terawal antara kita
meninggalkan dunia fana ini
menjejak alam baqa
semoga Allah menyambutmu
dengan reda dan diredai.

Kembalilah sahabat
telah sempurna perjalananmu
memahat arca diri
sebenar-benar diri
kekal abadi
sesuci fitrah insani.

Kembalilah sahabat
kita semua perantau di sini
kelak aku menyusul
pasti.

Yajuk
Bukit jering
06112009




SAJAK > 2009 > Kembalilah Sahabatku disumbangkan pada Ahad, 8 November
2009 7:30:48 PM • Kali terakhir diubah pada Ahad, 8 November 2009 7:30:48
PM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment