Saf telah pecah
imam kehilangan arah Qiblat
walau Kaabah masih di Mekah
Baitullah hatinya telah musnah
kerna hati menjadi gegabah
datang tentera bergajah membawa hadiah.
Saf telah pecah
imam merapu dalam sembahyang
walau lidahnya basah membaca surah
hatinya bermusyawarah dengan entah-entah.
Saf telah pecah
imam menjadi pekak badak
walau di tegur berulangkali
racaunya bertambah parah
sedang makmun makin gelisah
masing-masing mahu mufarakah.
Saf telah pecah
barisan telah musnah
hentikan mimpi imam yang indah-indah
tentera bergajah hanya mahu meroboh Baitullah
walau datangnya membawa bulan dan matahari.
“Sesungguhnya neraka wail untuk orang-orang yang sembahyangnya lalai”
segeralah betulkan saf
segeralah betulkan arah Qiblat
segeralah selamatkan baitullah.
Yajuk
Bj18062009
• SAJAK > 2009 > Shaff Telah Pecah disumbangkan pada Khamis, 18 Jun 2009
1:18:08 PM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 18 Jun 2009 1:18:08 PM oleh yajuk
No comments:
Post a Comment