Saturday, 14 April 2012

71.Aku Hanya Ada Sepasang Kasut

71.Aku hanya ada
sepasang kasut

Okt 18

Ikutkan hati
Mahu saja aku baling kasutku
ke muka pemerintah itu
yang mahu pergi
mahupun yang bakal naik
kerana mereka dan anak beranak
serta kroni
negara porak peranda
rakyat melarat

Ikutkan hati
Mahu saja aku baling kasutku
ke muka ahli politik itu
yang hanya tahu
berbalah sana sini
retorik siang dan malam
kerja satu pun tak jadi
negara jadi taruhan
rakyat yang rugi

Ikutkan hati
Mahu saja aku baling kasutku
ke muka ulama itu
yang hanya pandai berkhutbah
dan berhukum fatwa
siddik amanah entah dimana
tabligh fatonah pun tak ada
rakyat terpinga-pinga, punah!

Tapi apakan daya,
aku hanya ada sepasang kasut
untuk dipakai mencari makan
nak dibeli yang baru, aku melarat
tak kerja, siapa nak sara anak bini aku?
akhirnya,
aku rakyat hanya fikir periuk nasi sendiri

Nak harapkan pemerintah?
Lihat rangkap pertama
Nak harapkan ahli politik?
Lihat rangkap kedua
Nak harapkan ulama?
Lihat rangkap ketiga

Ah… kalaulah aku punya lebih dari sepasang kasut…
- mudin001,
23 Disember 2008

No comments:

Post a Comment