Masih kutulis kata cinta
di laman sepi sekeping hati
kerana aku tak pernah jemu
membisikkan rindu
pada kau yang berlari pergi
memburu mengejar ilusi.
Sentiasa kusiram setanggi kasih
biar segar wajahmu di kamar hati
tak ingin kubiarkan mati
layu dan mati di unggun api
cintaku bukan nafsu
cintaku bukan untung dan rugi
tapi nafas dan denyut nadi
tak mahu aku membakar diri
kerana dendam dan benci.
Sentiasa kulafazkan cinta
biar cuma di lubuk hati
tak jemu aku menanti
kau kembali menyemai mimpi
pada lenaku yang tak bertepi
ingin kuhirup bahagia bersamamu
kerana cintaku sentiasa bersemi
mewarnai wajah-wajah pelangi
biar aku di hatimu
sudah lama kau halau pergi.
Yajuk
bj14112008
• SAJAK >
2008 > Masih Ku Tulis Kata Cinta disumbangkan pada Khamis, 20 November 2008
2:46:10 PM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 20 November 2008 2:46:10 PM oleh
yajuk
No comments:
Post a Comment