Saturday, 14 April 2012

38.Angkatlah Sauh

Telah tiba waktumu sayang
angkatlah sauh
kembangkan layar
tinggalkan pantai remajamu
seberangi laut kedewasaan
mendarat di pulau suci cinta
tanpa rasa takut
pada ombak
pada gelombang
wujudnya sekadar pelengkap ramuan.

Ini waktunya sayang
kau mengemudi bahtera sendiri
angkatlah sauh yang menambat pemikiran
kembangkan layar pengetahuan
belayarlah dengan bebas
tegakkan tiang iman
menjelajah luasnya laut
menerobos dalamnya jua
tanpa laut,mutiara tidak bererti apa-apa.

Hari ini,saat ini
kaulah nakhoda
penentu hala tuju perjalanan
jangan kau tinggal kompas warisan
luasnya laut,luas lagi rahsia diri
dalamnya laut,dalam lagi rahsia Ilahi.

Perjalanan tidak tamat di titik kematian
antara syurga dan neraka
kaulah penentu pilihan.

Yajuk
Bukit jering
17122009

SAJAK > 2009 > Ankatlah Sauh(klip video) disumbangkan
pada Jumaat, 18 Disember 2009 10:57:14 PM • Kali terakhir diubah pada Jumaat,
18 Disember 2009 10:57:14 PM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment