Friday, 13 April 2012

69.Degilnya Seorang Pemandu Keretapi

Keretapi sedang meluncur laju

jangan dibrek kerana seekor anjing

atau ada orang gila melintas jalan

melanggar keduanya jauh lebih baik

dari memberhentikan keretapi

atau cuba mengelakkannya.



Jadilah pemandu yang degil dan keras hati

kerana tugasmu membawa kami ke destinasi

jangan korbankan kami

kerana seekor anjing

atau seorang orang gila

jangan pula kamu cuba mengelak

kerana mengelak bererti meninggalkan landasan

menuju kehancuran.



Degilnya seorang pemandu keretapi

bererti istiqamah pada landasan.



Terima kasih tuan

kami selamat bersamamu.



Yajuk

Bj24062009




SAJAK > 2009 > Degilnya Seorang Pemandu Keretapi disumbangkan pada Rabu,
24 Jun 2009 11:02:58 PM • Kali terakhir diubah pada Rabu, 24 Jun 2009
11:02:58 PM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment