Sunday, 8 April 2012

61.Tak Apa-Apa Anbakri

Kau tercampak ke dalam ombak rasa
cinta tak berbelah bagi
seperti Ismail,menghulurkan tengkok
sembelihlah aku,wahai ayahanda
tuntutan Allah,adalah segalanya.

Allah meningkatkan ujian
kepada yang mendekatinya
seperti Yusoff, dicampak ke dalam perigi buta
untuk menikmati lapar dan dahaga
kerana hasad dengki saudaranya
dan bapanya yang buta
tanpa perigi buta
tidaklah Zulaikha tergilakannya.

Seperti Hajar
ditinggalkan di tengah sahara
adalah sebab,zahirnya Zamzam
begitu Allah menetapkan sunnah-Nya
tak berlaku sesuatu
jika tidak didahului sebabnya
begitu saudaraku
ada pulau menanti terdamparnya sabut
di karang laut gelora.

Aku tahu saudaraku
tak apa-apa,jawabmu
kerana kau ada Dia
peduli apa pada ganjaran di dunia
akhirat,tak ternilai harganya.

Yajuk
Bj31122009

• SAJAK > 2009 > Tak Apa-Apa Anbakri disumbangkan pada
Khamis, 31 Disember 2009 11:58:23 AM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 31
Disember 2009 11:58:23 AM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment