Friday, 13 April 2012

66.Suara-Suara Tak Terucap

Ketika langit resah
dan awan gegabah
disergah petir dan kilat
suara kasih mendesah,gayat
terperam di kelodak imarah
tak pasti di mana mahu mencelah.

Ketika langit bungkam
dilitupi kelat malam
suara rindu menderu,sayu
terperam di kelodak dendam
tak pasti bilakah akan terpadam.

Ketika hati terbelit gulana
diterjah petaka tak terduga
syukur tersungkur di riak segara
terperam di kelodak alpa
tak nampak hikmah di balik bala
lepas terantuk baru tengadah.

Suara-suara tak terucap
seperti mentari di balik awan
malu-malu memancarkan cahaya
walau kita amat mendambakannya.

Yajuk
Bj03032009

• SAJAK > 2009 > Suara-Suara Tak Terucap disumbangkan
pada Jumaat, 20 Mac 2009 11:11:35 AM • Kali terakhir diubah pada Jumaat, 20 Mac
2009 11:11:35 AM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment