Diksi-diksi yang lahir
terus mati di benak
tak mampu meluah
segala rasa resah, keliru
Lembaran buku puisi
tak mampu terus diselak
gusar pada pengakhiran
yang tak tentu
Kalimah-kalimah yang dikunyah
mencekik kerongkong
perut tak mahu menghadam
lidah tak mahu meludah
(atau jasad tak mahu hidup?)
Alangkah mudahnya
andai boleh terus membelek helaian terakhir.
- mudin001 -
Seberang Jaya
18 April 2010.
No comments:
Post a Comment