Sunday, 8 April 2012

60.Di Persimpangan 73

Dikhabarkan kepada kita
hanya satu jalan
di persimpangan 73
membawa ke Syurga
di landasan itukah kita?.

Pastikah kita dalam hisab dan kira
Siratalmustaqim terbentang di depan mata
sedang rambut sukar untuk kita lihat
betapa pula meniti titian itu
umpama rambut dibelah seribu dan seribu lagi.

Pandanglah ke dalam diri
siapakah yang sedang bertahta di hati
mencatur dan menggerakkan segala langkah
memayungi dan memenafaatkan segala fikrah
adakah diri telah kembali kepada fitrah?
dan kita adalah hamba-Nya yang muthmainnah.

Mampukah hati berkata pasti
tiada kesangsian dalam mengenal pasti
Allahlah yang bertahta di hati
kerana “Sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku
dan Aku rahsia-Nya,hati orang mukmin itu Baitullah”.

Dari jalan yang Satu
kita sampai kepada 73
sampai lagi kepada seribu kali seribu
siapa memandu kita di jalan berdebu?
siapa memimpin kita di malam kelam?
sedang kita menumpang petir dan kilat
sampaikah kita ke destinasi?
tanpa mengharap pertolongan
orang yang telah kembali dari-Nya.

Di persimpangan 73
kita berdepan persoalan beribu
tak mampu kita jawab biar pun satu
jadilah kita orang buta,apa pun tak tahu
sesat di dunia sesat kita di Akhirat.

Yajuk
Bj06112008

• SAJAK > 2008 > Di Persimpangan 73 disumbangkan pada
Khamis, 6 November 2008 10:07:55 AM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 6
November 2008 10:07:55 AM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment