Friday, 24 February 2012

12.Tiada Noktah Di Sini

Siapa pun kita
tak pernah meminta
berada di sini
aku kau mahu pun dia
memenuhi ruang waktu
semalam hari ini
malah selamanya
bergerak atas landasan itu
tiada noktahnya
koma dan koma cuma

Bergerak langkah pertama
jalannya lurus atau berliku
bengkok-bengkok
menurun atau menaik
laju beralas aspal
perlahan meranduk lumpur
lembut halus di hamparan baldu
keras pedih diranduk kerikil
berputar dan berputar
tingkah bertingkah
tak bernoktah
jadi;jadilah diri sendiri
suci;sesuci fitrahnya
"al insanu sirri wa ana sirruhu
qalbu mukminin baitullah".

Ilahi anta maksudi waredhaka matlubi
melangkahlah pergilah:arah itu
jangan berpaling
biar merangkak biar tertiarap
menongkah arus jangan terhenti
tiada noktah di sini dalam hayat insani
mati:ada alam lain menanti
lanjutan perjalanan ini.

yajuk
Bukit Jering
17hb.jan.2008





• SAJAK > 2008 > Tiada Noktah Di Sini disumbangkan
pada Jumaat, 8 Februari 2008 4:11:53 PM • Kali terakhir diubah pada Jumaat, 8
Februari 2008 6:14:24 PM oleh drirwan

No comments:

Post a Comment