Friday, 24 February 2012

23.Dia Masih Jua Mahu Menyalak

Dia masih jua mahu menyalak
tanpa mahu ia mengerti
yang disalaknya bukan siapa-siapa
yang disalaknya adalah bayang-bayang sendiri
yang disalaknya adalah sebuah mimpi ngeri
memori silam penuh kekejaman.

Tampak berkerak awan hitam
dan langit memerah dengan petir dan guruh
kerana ruang udara telah hapak dan tengit
dengan kencing dan najis beterbangan
disedut hangat mentari
diputar puting beliung
dia menggigil mencari perlindungan
sambil menyalak menunjukkan taring.

Di matanya ada cermin retak seribu
jadilah ia ingat-ingat lupa
dia juga datang dari bangsa dan keturunan
Melayu mudah lupa
menyalaklah ia katanya tanpa segan silu
kembalilah kepada asal
buanglah kuta pencalunan
biar ada pertandingan
selamatkan maruah parti
parti sudah hancur
undurlah wahai Lebai Malang
cukuplah satu penggal
kau sudah tidak relevan lagi.

Di cebisan lain cermin itu
langsung dia tidak ingat apa-apa
atau hanya buat-buat tak ingat
ada bayangan hitam legam kelihatan
katanya macam kenal ;tapi tidak pasti
siapa jadi pelakun dan siapa pengarahnya
tunggang langgang jadinya undang-undang
dia menghukum sebelum adanya perbicaraan
Si mata lebam sedang menuntut keadilan
ada tsunami telah meruntuhkan benteng
kemana aku mahu lari
kenapa Lebai Malang tidak mahu mengerti
di belakangmu aku tidak bisa berlindung diri.



Dia masih jua mahu menyalak
yang disalaknya bukan siapa-siapa
yang disalaknya adalah bayang-bayang sendiri
dialah punca segalanya.



Yajuk
Bukit Jering
18hb.april.2008

• SAJAK > 2008 > Dia Masih Jua Mahu Menyalak
disumbangkan pada Ahad, 20 April 2008 12:09:18 AM • Kali terakhir diubah pada
Ahad, 20 April 2008 12:09:18 AM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment