Saturday, 25 February 2012

26.Sebuah Gobok Sebidang Tanah

Ada anai-anai bersarang
menghakis tiang
telah buruk mereput
dan gobok semakin condong
menunggu roboh.

Tanah semakin sempit
kerana tebing telah runtuh
dan aur hanyut dibawa arus.

Tanah sekangkang kera
sana sini harimau singa mengaum
mencakar kuku menggilap taring
lembu kambinglah mangsanya.

Ada musim luruh memanjang
tanah menjadi taman kumbahan
ada sampah menimbun
biawak ular bersarang
padi yang ditanam
lalang yang tumbuh.

Sebuah gobok buruk
sekeping tanah pusaka
adalah medan berebut kuasa
pemiliknya;yang terkuat antara raja-raja rimba.

Yajuk
Bukit Jering
23042008

• SAJAK > 2008 > Sebuah Gobok Sebidang Tanah
disumbangkan pada Ahad, 27 April 2008 9:02:45 PM • Kali terakhir diubah pada
Ahad, 27 April 2008 9:02:45 PM oleh yajuk

No comments:

Post a Comment