Bila rama-rama telah terbang
tinggallah kepompong
kekeringan dan rapuh
hancur dan berdebu
lalu hilang ditiup angin
sebati menjadi tanah.
Bila rama-rama telah terbang
kepompong kehilangan dirinya
tiada daya untuk bergerak
dan hilanglah deria penglihatan
tak nampak lagi arah mana
rama-rama telah pergi
jadilah ia kaku dan kosong
seperti yang lain-lain
kembali ke tanah gersang.
Bila rama-rama telah terbang
mengertilah ia hakikat dirinya
sekadar bertandang di situ
berselimutkan kepompong itu
kelak kembalilah pada diri sendiri
menghidu haruman bunga-bunga di taman
kekadang mengapai awan dan langit tinggi
menyapa bulan dan bintang-bintang.
Yajuk
Bukit jering
15hb.jan.2008
• SAJAK
> 2008
> Bila rama-rama telah terbang disumbangkan
pada Khamis, 17 Januari 2008 7:07:42 PM • Kali terakhir diubah pada Khamis,
17 Januari 2008 7:07:42 PM oleh yajuk
No comments:
Post a Comment