Telah terungkai ikatan
kasih yang dulu tersimpul mati
siang malam aku kau rindu
damai dan sepurnalah hayatmu
bila aku sentiasa bersamamu.
Belum pun kering titis-titis embun
masih basah jejak di denau dan lurah
masih berdengung hilaitawa di gegendang telinga
kau campakkan warna merah pada canvas putih hati ini
kau biarkan luka dan calar bersalut pahit hempedu
katamu kau tak perlukan aku lagi
di sana ada mahligai sedang menanti.
Bagai kaca terhempas ke batu
beterbanganlah debu kasih ditiup angin
luruh gugurlah daun-daun rindu
bertaburan memenuhi taman hati
langit cerah bertompok awan hitam
menitiskan hujan
malam gelap tanpa bintang
aku menumpang cahaya kelip-kelip beterbangan.
Biarkan berlalu nyanyian rindu
ku dodoikan jua pada hati
cinta bukan segalanya
kerana Hawa Adam tercampak ke bumi
kerana Zulaikha Yusoff terpenjara
biarkan rindu mati di sini
aku mesti tegar mengharung laut sepi.
Yajuk
Bukit Jering
04052008
• SAJAK > 2008 > Telah Terungkai Ikatan disumbangkan
pada Khamis, 8 Mei 2008 8:40:48 PM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 8 Mei
2008 8:40:48 PM oleh yajuk
No comments:
Post a Comment