Saturday, 25 February 2012

27.Katanya Tak Mahu Dia Terpenjara

Terpaksalah ku lepaskan jua
dia terbang mengapai bintang
biar langit berawan menitiskan hujan
meratapi kehilangannya
biarlah dia pergi terbang semahunya
katanya tak mahu dia terpenjara.

Salahkah aku menitipkan rindu
mahu melihat senyummu di balik pintu
saban waktu aku pulang
atau salahkah aku bila menanyakan
kemana kau pergi malam ini
sedang aku bermimpi
baru kau ketuk pintu mahu mandi.

Sayangku;pergilah sesuka hatimu
jelajahilah pulau-pulau pantasimu
di laut nafsu
biar hatimu puas
pergilah sampai hujung dunia
di sini aku setia bersama bayang-bayangmu
pulanglah bila langkahmu terkunci
hatiku sentiasa terbuka untukmu.

Yajuk
Bukit Jering
21042008




• SAJAK > 2008
> Katanya Tak Mahu Dia Terpenjara disumbangkan pada Selasa, 29 April 2008
8:21:32 AM • Kali terakhir diubah pada Selasa, 29 April 2008 8:21:32 AM oleh
yajuk


• SAJAK > 2008 > Katanya Tak Mahu Dia Terpenjara
disumbangkan pada Selasa, 29 April 2008 8:21:32 AM • Kali terakhir diubah pada
Selasa, 29 April 2008 5:20:56 PM oleh drirwan

No comments:

Post a Comment